Sisa buangan jadi punca gangguan air, premis di hulu Sungai Semenyih diperiksa

Dari Penulis

PENEMUAN awal analisis kualiti sampel air Sungai Semenyih mendapati pencemaran yang memaksa Loji Rawatan Air (LRA) ditutup semalam mungkin berpunca daripada tindakan pihak tidak bertanggungwab yang memasukkan efluen atau sisa buangan ke dalam sungai itu.

Justeru, beberapa pihak berkuasa Selangor diarah melakukan pemeriksaan bersepadu terhadap premis-premis yang berkaitan efluen itu di bahagian hulu Sungai Semenyih bagi memastikan isu ini tidak berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata ,insiden pencemaran dipercayai berlaku antara pukul 1 pagi dan 7 pagi semalam, kerana ketika itu paras air sungai adalah tinggi susulan hujan lebat di bahagian hulu.

Beliau berkata berdasarkan analisis yang dikeluarkan pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), antara bahan kimia yang didapati terkandung di dalam sampel air di LRA Sungai Semenyih adalah trichloromethane; acetic acid; dan benzene.

“Sehubungan itu, tindakan pemeriksaan bersepadu akan dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) terhadap premis-premis yang berkaitan efluen itu di bahagian hulu Sungai Semenyih bagi memastikan isu ini tidak berulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Sudah kenal pasti belum punca pencemaran bau semalam?

Pencemaran bau, 463 kawasan di Selangor alami gangguan bekalan air

Loy Sian berkata, tindakan tegas kepada pelaku boleh dikenakan selaras dengan Seksyen 79(1)(a) Enakmen LUAS (Pindaan) 2020, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan didenda tidak kurang RM200,000 dan tidak melebihi RM1 juta, terhadap mereka yang disabit dengan kesalahan berkaitan pencemaran sumber air.

Semalam beliau berkata, LUAS menerima laporan daripada Air Selangor berhubung pencemaran bau sehingga satu ton yang dikesan di muka sauk Jenderam Hilir LRA Sungai Semenyih kira-kira 11.10 pagi semalam yang menyebabkan LRA itu terpaksa dihenti tugas.

Pemantauan Ops Sumber Air Negeri Selangor yang diurussetiakan oleh LUAS bersama agensi berkaitan seperti JAS, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Air Selangor telah menjalankan siasatan ke beberapa lokasi bagi mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This