20,396 kes baharu, penularan di Sarawak melonjak 3,747

Dari Penulis

SEBANYAK 20,396 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini – sedikit peningkatan selepas dua hari berturut-turut kes harian direkodkan di bawah angka 20,000.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sarawak melaporkan lonjakan kes hari ini apabila 3,747 kes baharu dilaporkan di negeri itu.

Jumlah tersebut merupakan peningkatan kira-kira 1,000 kes berbanding semalam yang menyaksikan 2,723 kes dilaporkan di Sarawak.

Selangor pula masih melaporkan kes harian tertinggi hari ini dengan 3,886 kes.

Angka tersebut bagaimanapun jauh lebih rendah berbanding minggu-minggu sebelum ini yang menyaksikan lebih 6,000 kes dilaporkan Selangor dalam sehari.

Turut melaporkan kes yang rendah ialah Kuala Lumpur dengan 597 kes.

Ketiga tertinggi selepas Selangor dan Sarawak ialah Johor dengan 2,165 kes diikuti Sabah (2,136 kes).

Empat lagi negeri turut melaporkan penularan harian melebihi 1,000 kes iaitu Pulau Pinang (1,961 kes), Kedah (1,587 kes), Kelantan (1,078 kes) dan Perak (1,057 kes).

Terendah hari ini Labuan (empat kes), Putrajaya (25 kes) dan Perlis (78 kes).

Baca artikel berkaitan: 19,057 kes baharu, Kelantan, Perak dan Perlis naik

19,378 kes baharu, Selangor turun, Pulau Pinang naik

Statistik kapasiti penggunaan katil dan kes harian COVID-19 hari ini./ FB Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikut status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 5 September 2021:

1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 4 September 2021, 5pm)
• Penggunaan katil Bukan ICU 75%
• Penggunaan katil ICU 86%

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin COVID-19 (Sehingga 4 September 2021, 11:59pm)
• % Populasi Keseluruhan – 1 dos 62.5%
• % Populasi Keseluruhan – lengkap 48.3%
• % Populasi Dewasa – 1 dos 87.2%
• % Populasi Dewasa – lengkap 67.4%

3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 5 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu 20,396 kes
• Bilangan kes kumulatif 1,844,835 kes

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PDRM siasat video tular polis bantuan tendang kepala pembantu kedai

TINDAKAN seorang polis bantuan menendang kepala pembantu kedai kerana menyangka mangsa pencuri mengundang padah apabila kes itu kini disiasat...

More Articles Like This