Pekerja di Pengerang ditahan, dakwaan palsu anak, keluarga mati COVID-19

Dari Penulis

SEJAK kelmarin, ada satu mesej meruntun perasaan dan simpati mendalam bagi siapa membacanya.

Ia berhubung nasib seorang pekerja syarikat petroleum di Johor yang ‘kehilangan’ anggota keluarga akibat COVID-19.

Yang tragisnya, kehilangan yang dialami lelaki itu bukan setakat seorang dua tetapi berbelas – dari isteri, anak, ipar-duai dan anak saudara.

Dan di akhir mesej itu, disertakan pula nombor akaun bank seorang individu yang diakwa pekerja sebuah syarikat petroleum – bagi yang ingin menyumbang.

Selepas tular dalam banyak grup WhatsApp dan mendapat perhatian golongan kenamaan, rupa-rupanya kandungan mesej berkenaan tidak benar.

Sehubungan itu, seorang pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang dekat Kota Tinggi ditahan pihak berkuasa berhubung dakwaan palsu kehilangan ramai anggota keluarga disebabkan jangkitan COVID-19.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi kenyataan memaklumkan pekerja itu turut didakwa menerima sumbangan.

Baca artikel berkaitan: 362 kematian hari ini, 97.9% kes baharu kategori 1 dan 2

“Kami (Petronas) ingin mengesahkan bahawa seorang pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang telah ditahan.

“Kami ingin menekankan bahawa kami tidak memaafkan salah laku oleh mana-mana pekerja dan kontraktor kami, kesemuanya terikat dengan tatakelakuan dan etika perniagaan yang ketat (CoBE) semasa berkhidmat untuk Petronas dan kumpulan syarikat,” menurut kenyataan itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This