Rayuan Peja berbalas, KJ kata berita baik akan diumum

Dari Penulis

RAYUAN Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya dibenarkan pembukaan gimnasium dan pusat sukan lain nampaknya menerima isyarat positif daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam ciapan di twitter, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ‘menyambut’ permohonan Ahmad Faizal dengan mengakui sukan berpasukan di tempat terbuka adalah wajar.

Selain itu, Khairy yang juga bekas peneraju Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempat memberi pujian kepada Peja yang memang prihatin terhadap sektor sukan.

“Menteri KBS (Peja) memang prihatin terhadap sektor sukan. Tadi dibincang dan diputuskan di sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19.

“Berita yang baik akan diumumkan,” kata Khairy.

Baca artikel berkaitan: “Ramai terhenti nafas”, Peja rayu MKN benarkan gimnasium, padang dibuka

Dalam ciapan kedua, beliau berkata, beberapa garis panduan pengudaraan untuk gimnasium akan diberi penilitian oleh MKN.

Katanya, soal pengudaraan yang baik perlu diberi penekanan memandangkan situasi gimnasium sebagai pusat sukan ‘indoor’.

“Usaha mengenainya (garis panduan pengudaraan gimnasium) perlu dilakukan segera,” jelasnya.

Pagi tadi, tweet Ahmad Faizal menarik perhatian ramai apabila dalam nada merayu meminta KKM mempertimbangkan membenarkan gimnasium dan pusat sukan beroperasi semula.

Beliau juga membangkitkan kelonggoran SOP kepada industri kreatif yang diumumkan semalam termasuk kebenaran untuk panggung wayang beroperasi.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This