Ibu bapa perlu yakinkan anak-anak vaksin selamat – Rina

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA ibu bapa dan penjaga perlu terus meyakinkan kanak-kanak bahawa vaksinasi adalah satu bentuk perlindungan kesihatan yang selamat supaya tidak mudah dijangkiti wabak COVID-19.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, advokasi dan kefahaman tentang COVID-19 wajar diteruskan kepada kanak-kanak.

Kata beliau, ibu bapa juga perlu sentiasa cakna, berwaspada dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani COVID-19 bagi melindungi keluarga masing-masing.

Beliau juga menegaskan ibu bapa dan penjaga mesti mempunyai kesedaran serta mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat mengenai COVID-19 daripada sumber yang mempunyai kredibiliti untuk membendung berita palsu mengenai COVID-19.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedia bekerjasama dengan semua pihak berkaitan dalam memastikan inisiatif ini dilaksanakan dengan cepat dan berkesan.

“Seterusnya membantu pencapaian imuniti kelompok Keluarga Malaysia dengan lebih meluas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Selepas Sarawak, remaja di Lembah Klang, Labuan akan terima vaksin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan akan memulakan vaksinasi COVID-19 kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Khairy berkata, Sarawak memulakan pemberian vaksinasi kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun serta 12 hingga 15 tahun yang mempunyai komorbid, semalam dengan Labuan dan Lembah Klang akan menyusul selepas ini.

Sehubungan itu, Rina menyambut baik perkhabaran gembiran itu dalam usaha mengukuhkan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak ketika negara mendepani pandemik COVID-19.

“Seperti diumumkan Menteri Kesihatan, seramai 76,400 kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun di Sarawak telah mula menerima vaksin COVID-19 hari ini, seterusnya menjadikan mereka sebagai kumpulan kanak-kanak pertama di Malaysia yang divaksinasi.

“Ini merupakan satu indikator dalam membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan yang tidak pernah meminggirkan kepentingan terbaik bagi kanak-kanak,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This