Pelancong domestik penuhi kriteria SOP boleh ke Langkawi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PELANCONG domestik seluruh negara yang memenuhi kriteria prosedur operasi standard (SOP) termasuk dari negeri berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) boleh mula mengunjungi Langkawi mulai 16 September depan.

Walau bagaimanapun, kebenaran itu tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Itu antara SOP bagi pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara, Langkawi mulai Khamis depan seperti diumumkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurut beliau, pelancong yang ingin pergi ke Langkawi juga mempunyai pilihan untuk menggunakan jalan udara dan darat.

Namun begitu, kata Nancy, pergerakan melalui jalan darat memerlukan pelancong menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri untuk ke Langkawi.

“Pelancong yang memulakan perjalanan mereka ke Langkawi dari Kedah dan Perlis serta menggunakan jalan udara pula tidak diwajibkan untuk menggunakan khidmat agensi pelancongan.

NANCY Shukri dalam sidang akhbar pengumuman SOP gelembung pelancongan Langkawi hari ini. GAMBAR: FB Nancy Shukri

Pada masa sama, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.

“Perlindungan insuran serta saringan COVID-19 juga tidak diwajibkan,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman SOP pembukaan Langkawi hari ini.

Baca artikel berkaitan: Kementerian sambut baik pembukaan Langkawi kepada pelancong – Nancy

Mengulas lanjut, Nancy berkata, kementerian itu akan membuat pemantauan berhubung pelaksanaan gelembung pelancongan di Langkawi dan mendapatkan maklum balas daripada masyarakat secara keseluruhan dalam tempoh dua minggu.

Beliau berkata, ia bagi memastikan kelancaran program serta menjaga kepentingan Keluarga Malaysia secara keseluruhan.

“Maklum balas ini kelak akan dinilai dan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pertimbangan tindakan lanjut seperti pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan.

“Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya turut menggesa orang ramai yang ingin melakukan perjalanan ke Langkawi supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan gelembung pelancongan Langkawi ini kekal hijau dan seterusnya dapat merealisasikan perancangan lebih banyak gelembung pelancongan domestik pada masa akan datang,” jelas beliau.

Berikut SOP gelembung pelancongan Langkawi:

  • Terhad kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksinasi
  • Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama); bermalam; percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu; percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan berlesen dan berdaftar dengan MOTAC.
  • Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut.
  • Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis perniagaan berdaftar di Kedah atau Perlis.
  • Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan; tiket feri; resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguat kuasa agensi pematuhan SOP.
  • Aktiviti-aktiviti gelembung pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk:

i. penginapan di hotel dan rumah inap termasuk fasiliti dalam premis hotel dan rumah inap seperti surau, kolam renang, gimnasium, lounge, dewan, business event (MICE), acara pelancongan dan kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan MKN serta SOP kementerian/jabatan/agensi yang berkaitan.

ii. aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, pengembaraan ekstrim/ taman semulajadi, ladang, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial; aktiviti pelancongan minat khas (golf, selam skuba, basikal, kapal layar dan sebagainya);

iii. Aktiviti Eko Geo-Kembara (memerhati watching, teroka gua, mendaki gunung, white water rafting, hiking, treking hutan, berkhemah dan sebagainya);

iv. Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;

v. Taman tema dan pusat hiburan keluarga; dan

vi. Lawatan bersifat akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This