Hanya 0.009 peratus kes kematian COVID-19 dalam kalangan penerima lengkap vaksin

Dari Penulis

KES kematian akibat COVID-19 melibatkan individu lengkap divaksin yang dilaporkan setakat ini adalah pada kadar 0.009 peratus berbanding jumlah korban.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah itu adalah bersamaan 90 kematian dalam setiap sejuta kes.

Katanya, statistik tersebut adalah selari dengan perkembangan di seluruh dunia yang mana kes kematian dalam kalangan penerima vaksin masih dilaporkan tetapi jumlahnya teramat kecil berbanding yang belum divaksin.

“Justeru, tanpa kira jenis apa, data menunjukkan vaksin berkesan, vaksin membantu menyelamatkan nyawa.

“Ia terbukti memberi perlindungan dengan berlaku sangat sedikit kes kematian. Adalah jauh lebih baik untuk anda dilindungi berbanding jika tidak divaksin.

“Maka yang belum divaksin, dapatkan segera perlindungan. Jangan ada ragu-ragu,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Jelas Khairy, kematian dalam kalangan penerima lengkap vaksin pula 81 peratus daripadanya mempunyai komorbiditi manakala 80 peratus berumur lebih 60 tahun.

“Ini juga menyumbangkan kepada data kematian dalam kalangan penerima lengkap vaksin,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: 19,307 kes baharu, Selangor kekal bawah angka 3,000

Lebih 50 peratus populasi Malaysia lengkap terima vaksin

Sementara itu, kata Khairy, sebanyak 86 peratus kes kematian di luar hospital atau brought in-dead (BID) adalah dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai sebarang pemerhatian perubatan.

Katanya, data pada bulan Ogos itu menunjukkan hanya 14 peratus kes BID pernah mendapat pemerhatian daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) mahu pun klinik swasta.

“Maka antara strategi kerajaan menurunkan kes BID adalah memastikan jumlah yang tidak berada di bawah pemantauan perubatan KKM atau klinik swasta dapat ditingkatkan.

“Saya telah arahkan Bahagian Pemabangunan Kesihatan Keluarga KKM untuk meneliti dengan mendalam isu ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Khairy, kes dalam kategori 3 akan ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Katanya, bagi kes kategori dua yang berisiko iaitu 2b pula, KKM akan pastikan kes terlibat dirawat di hospital.

“Bagi individu berisiko tetapi menjalani kuarantin di rumah, kita akan bekalkan mereka dengan oksimeter,” ujarnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis Shah Alam berjaya tahan suspek kes cabul, liwat remaja berusia 15 tahun

PIHAK polis berjaya menahan suspek kes cabul dan liwat melibatkan dua remaja berusia 15 tahun seperti yang tular di...

More Articles Like This