Aktiviti sukan, rekreasi bersentuhan dibenarkan di Fasa 2 & 3 PPN

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN mengumumkan beberapa lagi kelonggaran baharu bagi sektor sosial di negeri-negeri dalam Fasa 2 dan 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk kebenaran aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran untuk aktiviti itu adalah melibatkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka serta tertutup kepada individu telah lengkap vaksin secara tempahan, sanitasi, penjadualan penggunaan dan pemantauan rapi.

Pada masa sama, kata beliau, aktiviti sukan dan rekreasi berpasukan melibatkan sentuhan fizikal seperti bola sepak, bola tampar, takraw dan lain-lain turut dibenarkan mengikut kapasiti penuh sukan berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, kebenaran itu terhad kepada individu yang telah lengkap vaksin sahaja dan dilakukan di premis yang mempunyai kawalan penyeliaan sepenuhnya.

“Aktiviti kecergasan individu seperti senamrobik, zumba dan seumpamanya yang dilakukan secara berkumpulan di kawasan atau premis yang sama turut dibenarkan.

“Namun perlu mematuhi 50 peratus kapasiti atau tidak melebihi 50 orang mana-mana lebih rendah bagi individu yang lengkap divaksin dengan seliaan jurulatih atau instruktur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Terengganu beralih ke Fasa 3 PPN mulai Jumaat ini

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan aktiviti ziarah kubur Islam dibenarkan di setiap fasa PPN mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

Beliau berkata, aktiviti ziarah kubur bukan Islam juga dibenarkan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara.

Ismail Sabri memaklumkan, kapal persiaran turut dibenarkan dibuka dengan 50 peratus kapasiti dengan semua anak kapal dan penumpang mesti lengkap divaksin.

“Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pandemik juga bersetuju memberi kelonggaran untuk membenarkan operasi tabika, taska, tadika, pusat jagaan harian serta pusat perkembangan minda bagi anak-anak yang ibu bapanya bekerja.

“Operator dan pekerja di pusat-pusat ini perlu menerima vaksinasi lengkap sebelum dibenarkan beroperasi,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This