PDRM sahkan usaha bawa pulang Sajjad sedang giat dilakukan

Dari Penulis

BUKIT Aman mengesahkan usaha membawa pulang usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman ke Malaysia sedang giat dilaksanakan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, Sajjad turut dikehendaki di Malaysia berkaitan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

ABD JALIL HASSAN

Katanya, ia membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

“Usaha untuk membawa pulang suspek sedang giat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam masa sama sama, Abd Jalil mengesahkan bahawa Sajjad telah ditangkap pada jam 6 petang, 8 September lalu oleh pihak Imigresen Thailand kerana memiliki pasport yang tidak sah.

“Pada 9 September 2021, suspek telah dihadapkan ke mahkamah Thailand atas kesalahan imigresen dan dikenakan hukuman denda,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: Sajjad sudah ditahan di Thailand, mahu ‘berlindung’ di Australia

Tidak hadir perbicaraan, mahkamah keluar waran tangkap untuk Sajat

“Jerat tak lupakan pelanduk”, IGP gesa Sajat balik hadapi kes

Sajjad atau lebih dikenali Nur Sajat mula menjadi buruan pihak berkuasa negara apabila Mahkamah Tinggi Syariah Selangor mengeluarkan waran tangkap ke atasnya kerana gagal menghadiri prosiding pada tarikh ditetapkan.

Pada Mac lalu, pihak berkuasa memaklumkan kemungkinan Sajjad meloloskan diri ke negara jiran.

Hari ini, Harian Metro melaporkan usahawan kontroversi itu sudah ditahan pihak berkuasa Thailand dan dihadapkan ke mahkamah negara itu berkaitan kesalahan imigresen.

Pada masa sama, usaha membawa pulang Sajjad ke Malaysia dilaporkan berdepan kerumitan kerana cuba dihalang pertubuhan antarabangsa.

Malah, Sajjad yang turut disiasat kesalahan lain dilaporkan merancang mendapat ‘perlindungan’ di negara Australia atas alasan menerima ugutan di Malaysia.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This