Parlimen lulus usul Junjung Kasih Titah Agong, sambung Isnin dengan RMK-12

Dari Penulis

DEWAN Rakyat hari ini meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada 13 September lepas​​​​​.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata usul itu disetujukan selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju selepas ia dibahaskan selama empat hari mulai 14 Sept oleh 91 Ahli Parlimen dan disusuli dengan penggulungan oleh 27 kementerian terlibat selama dua hari.

Antara isu yang dibangkitkan dalam sesi perbahasan adalah mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), penggubalan akta anti lompat parti, rang undang-undang mengenai gangguan seksual dan isu berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Baca artikel berkaitan: MoU rentas parti: Agong bersyukur, harap dapat tamatkan kemelut politik

Persidangan hari ini menyaksikan 11 kementerian menggulung perbahasan termasuk lima jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Mengikut takwim Dewan Rakyat, persidangan pada Isnin (27 September) akan diteruskan dengan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada pukul 11.30 pagi dan akan disusuli sesi perbahasan pada 28 September.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin.- BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amaran hujan lebat, banjir di Thailand: Rakyat Malaysia disaran berwaspada

RAKYAT Malaysia yang berada atau merancang untuk berkunjung ke Thailand dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada susulan amaran risiko hujan lebat...

More Articles Like This