Keadaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) lengang berikutan lebih 80% penduduk dewasa Malaysia sudah menerima Vaksin Covid 19 ketika tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena, Bukit Jalil 21 September lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid

KES harian COVID-19 terus mencatatkan trend penurunan dengan 13,104 kes baharu dilaporkan hari ini.

Jumlah kes hari ini juga yang terendah sejak 22 Julai lalu selain kali ketiga dalam tempoh seminggu penularan harian di Malaysia merekodkan angka sekitar 13,000 kes.

Berdasarkan data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak merekodkan kes tertinggi dengan 2,943 kes.

Baca artikel berkaitan: COVID-19: Sarawak negeri pertama beri dos penggalak – Khairy

Semua yang layak divaksin akan diberi vaksin sebelum akhir tahun

Selangor pula sekali lagi merekodkan penularan baharu di bawah angka 2,000 dengan 1,558 kes hari ini.

Ini diikuti Johor (1,455 kes), Kelantan (1,206 kes) dan Sabah (1,078 kes).

Kuala Lumpur pula terus melaporkan penularan yang rendah dengan 270 kes, begitu juga Negeri Sembilan yang merekodkan 165 kes.

Terendah hari ini ialah Labuan (empat kes), Putrajaya (24 kes) dan Labuan (80 kes).

Berikut pecahan kes mengikut negeri:

Sehingga 26 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,104 kes (2,198,235 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,558 (672,150)
Sarawak – 2,943 (199,089)
Sabah – 1,078 (194,264)
Johor – 1,455 (190,770)
WPKL – 270 (185,102)
Kedah – 721 (131,671)
Pulau Pinang – 955 (126,895)
Kelantan – 1,206 (110,880)
Perak – 994 (98,954)
Negeri Sembilan – 165 (96,744)
Pahang – 604 (61,941)
Melaka – 362 (57,127)
Terengganu – 685 (52,987)
WP Labuan – 4 (9,954)
WP Putrajaya – 24 (6,061)
Perlis – 80 (3,646)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram