Jatuh longkang, kanak-kanak dikhuatiri lemas dibawa arus deras

Dari Penulis

KANAK-kanak perempuan berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam petang ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pihak polis sekitar 6.18 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian.

Jelas beliau, susulan itu sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian.

“Pencarian sedang giat dijalankan oleh pihak bomba. Kita khuatiri kanak-kanak itu hanyut dibawa arus deras dipercayai menuju ke arah Sri Muda akibat terjatuh ke dalam longkang 4×5 kaki itu (1.2 meter x 1.5 meter) ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Ditimpa pokok ketika mandi sungai, adik maut abang cedera

Dalam pada itu, Norazam berkata pihaknya juga turut menerima laporan berhubung kejadian banjir kilat dengan paras air setinggi 1.2 meter di Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, Shah Alam sekitar 5.09 petang tadi .

Namun katanya tiada individu yang dilaporkan terlibat ataupun tercedera dengan dalam banjir kilat itu dan hujan juga sudah mulai reda.

“Keadaan air di kawasan itu juga kini juga sudah mulai surut dan terkawal,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This