Sultan Ibrahim titah segera kaji kawasan kerap banjir kilat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) segera menjalankan kajian di semua kawasan yang kerap berlaku banjir kilat di negeri berkenaan.

Dalam kenyataan di akaun Facebook rasmi, Sultan Ibrahim bertitah turut mahu kedua-dua pihak itu segera mempersembahkan laporan kajian berkenaan kepada baginda.

Titah Sultan Johor, gangguan terhadap sistem saliran di longkang atau parit menjadi antara punca utama berlakunya banjir kilat ketika musim hujan.

“JPS Johor dan PBT dengan segera jalankan kajian dan segerakan laporan kepada saya, agar dapat dikenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini.

“Taburan hujan yang tinggi akan menyebabkan berlaku banjir kilat seterusnya mengakibatkan kemusnahan harta benda serta memberi kesan kepada penduduk,” titah Sultan Ibrahim hari ini.

Sultan Ibrahim turut menasihatkan rakyat terutama yang menetap di kawasan berisiko supaya mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan faktor cuaca tidak menentu ketika ini.

“Purata hujan yang tinggi berisiko menyebabkan berlakunya banjir kilat atau banjir disesuatu kawasan. Oleh demikian penduduk perlu sentiasa berhati-hati.

Beberapa kawasan di Bandar Raya Johor Bahru yang ditenggelami air selepas banjir kilat melanda. GAMBAR: Media sosial

Baca artikel berkaitan: Semak semula syarat ketat program MM2H – Sultan Johor

“Pada masa sama, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, PBT dan agensi keselamatan perlu sentiasa bersedia untuk melaksanakan persediaan awal jika berlaku banjir,” titah Sultan Ibrahim.

Lebih 1,600 penduduk di beberapa kawasan di Johor Bahru terjejas setelah kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir kilat yang berlaku pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami antaranya Kampung Melayu Majidee, Kempas Lurah, Taman Skudai Baru, Taman Johor Jaya, Kampung Ibu, Kolam Air, Kempas Denai, Kempas Permatang, Kampung Pasir, Kampung Laut Skudai dan Kampung Kangkar Tebrau.

Penduduk Kampung Seri Jaya Baru, Tampoi pula gempar apabila air banjir yang menaiki kediaman mereka pagi tadi berwarna merah dan berbau seperti minyak.

Penduduk mendakwa, air berwarna merah itu berpunca daripada sebuah kilang elektronik berhampiran yang sudah tidak beroperasi sejak setahun lalu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This