11,889 kes baharu, tiga negeri masih lebih 1,000 kes

Dari Penulis

SEBANYAK 11,889 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan tiga negeri mencatatkan penularan empat angka.

Negeri yang paling banyak melaporkan kes bahary masih Sarawak dengan 2,413 kes diikuti Selangor (1,568 kes) dan Johor (1,217 kes).

Keempat tertinggi ialah Perak dengan 959 kes diikuti Sabah (872 kes) dan Kelantan (858 kes).

Keseluruhannya, kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara hari ini merupakan penurunan setelah dua hari berturut-turut melepasi angka 12,000 sejak kelmarin.

Menurut data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes kumulatif COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 2.25 juta.

Sementara itu, jumlah kes baharu terendah hari ini ialah Labuan dengan dua kes, Putrajaya (36 kes) dan Perlis (81 kes).

Baca artikel berkaitan: Kes baharu naik kepada 12,735, Kedah kembali lebih 1,000

Hanya individu vaksinasi lengkap boleh ‘dine-in’, peraturan MKN tidak dikemaskini – Khairy

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 1 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 11,889 kes (2,257,584 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,568 (679,230)
Sarawak – 2,413 (212,037)
Sabah – 872 (198,845)
Johor – 1,217 (197,062)
WPKL – 289 (186,349)
Kedah – 710 (135,545)
Pulau Pinang – 779 (130,988)
Kelantan – 858 (116,166)
Perak – 959 (103,188)
Negeri Sembilan – 197 (97,441)
Pahang – 831 (65,548)
Melaka – 378 (58,723)
Terengganu – 699 (56,344)
WP Labuan – 2 (9,965)
WP Putrajaya – 36 (6,180)
Perlis – 81 (3,973)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This