Selepas tikam UMNO, Idris Haron mendakwa dia masih ahli parti

Dari Penulis

SEMALAM, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron membuat kejutan apabila beliau bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu mengumumkan tidak lagi menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Beliau dan tiga ADUN lain iaiyu Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman

Idris sebaliknya memberi sokongan agar Pakatan Harapan dibenarkan mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri pimpinan UMNO tersebut kerana tidak mempunyai jumlah kerusi majoriti.

Akibat tindakan beliau, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyatakan keanggotaan parti bagi Idris dan Nor Azman yang mahu meruntuhkan kerajaan negeri adalah tergugur secara automatik.

Bagaimanapun, hari ini, ADUN Sungai Udang itu mendakwa beliau masih lagi ahli UMNO yang sah kerana tidak menerima sebarang notis atau surat rasmi mengenai pengguguran keahliannya daripada ibu pejabat parti selepas mengumumkan tidak menyokong kerajaan negeri pimpinan UMNO semalam.

Memetik laporan BH Online, beliau berkata, kenyataan dibuat Ab Rauf berhubung kedudukannya sebagai ahli UMNO adalah tidak relevan.

“Saya pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO selama 10 tahun, setahu saya setiap pengguguran seseorang ahli perlu dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat MT.

“Siapa Rauf (Ab Rauf Yusoh)? Dia hanya Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dan bukan individu yang berkuasa menggugurkan keahlian parti kepada seseorang,” katanya pada sidang medianya di Kota Laksamana di Melaka, hari ini.

Akibat tindakan mereka tersebut, Ab Rauf yang juga merupakan Speaker DUN Melaka mengumumkan DUN telah dibubarkan selepas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam berkenan dengan cadangan pembubaran dewan tersebut seperti yang dicadangkan oleh Ketua Menteri.

– UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hamzah kembali jadi Ketua Pembangkang mulai 18 Jun

AHLI Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin kembali memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang mulai 18 Jun lalu. Perkara itu disahkan...

More Articles Like This