SETELAH beberapa hari mengambil pendekatan mendiamkan diri berhubung isu curang, akhirnya Shuk Sahar tampil mengakui kesilapan diri.
Menurut Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, dia sedar kesalahan yang dilakukan dan kini dalam proses untuk menjernihkan kembali hubungannya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Assahaferah.
“Setiap orang melakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan serta kesilapan saya.
” Ya, bukan senang dan mudah untuk jenrihkan air yang telah keruh.
“Apa pun saya sanggup demi dapatkan keluarga dan kebahagiaan saya!” luahnya di Instagram.
Dalam hantaran di Instagram itu juga, Shuk turut berkongsi video ketika pertemuan dengan dua orang anak perempuannya, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, 1.
Sabtu lalu, berita hiburan tempatan kecoh apabila isteri Shuk membuat pendedahan tentang kecurangan suaminya di media sosial.
Menerusi laporan URTV sebelum ini, Rossalennah turut memuat naik beberapa rakaman video ketika dia menerjah ke kediaman seorang wanita yang bernama Fara Sallleh.
Dakwa Rossalennah lagi, suaminya itu ada di dalam rumah wanita terbabit namun dia terpaksa pulang dengan perasaan hampa apabila dihalau daripada terus berada di kawasan rumah wanita itu.
Pada Julai tahun lalu, Shuk turut berdepan dengan kontroversi bermain kayu tiga di belakang isterinya dengan wanita yang sama.
Malah, perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM turut digantung serta-merta bermula Isnin lalu.
Shuk dan Rossalennah berkahwin pada 20 Disember 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

