Kenapa Speaker pilih jadi peguam untuk orang ini? – Anwar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“SAYA tak faham mengapa Speaker memilih untuk menjadi peguam bela bagi orang-orang ini.”

Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berang dan menyelar tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menolak usul dibawanya untuk membahaskan isu mengenai Pandora Papers.

Anwar menegaskan, isu tersebut merupakan perkara yang jauh lebih besar berbanding apa yang dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat ketika ini.

Beliau malah mendakwa mempunyai semua bukti dokumen berhubung isu Pandora Papers melibatkan pemimpin negara yang mempunyai akaun luar pesisir.

“Yang Dipertua nak jadi peguam bagi pihak perasuah ni sebab apa? Saya ada seluruh dokumen dan bagaimana seorang menteri boleh simpan saham di sana. (Kalau) ini bukan pengaliran keluar, jadi daripada mana? langit?

“Saya nak supaya benda ini dibentang dan dibahas. Kalau betul ada lima pound, lima poundlah tapi daripada maklumat, saya tak mahu sebut nama tetapi jumlahnya jauh melebihi.

“Ini laporan dua juta muka surat, jangan tanya sumber saya, sumber saya bukan sekadar yang Yang Dipertua baca daripada media,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Anwar, tujuannya mahu isu tersebut dibahaskan bukan mahu menghukum sesiapa sahaja yang terlibat tetapi mahukan penjelasan dan kepastian mengenai pendedahan berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Anwar hantar usul bahas pendedahan Pandora Papers

“Kita tak menghukum kerana mungkin ada orang buka akaun di sana bukan hasil rompakan dan rasuah.

“Namun kebanyakan kes ini melibatkan pembesar-pembesar, menteri dan pemimpin negara yang tak ada sebab mengapa boleh mengumpul wang begitu banyak di luar negara,” jelas beliau.

Dalam rayuannya, 7 Oktober lalu, Anwar mengemukakan rayuan Peraturan Mesyuarat 91 dan 92, Peraturan Majlis Mesyuarat supaya pendedahan Pandora Papers itu dibahaskan di Dewan Rakyat.

Azhar kemudiannya menjelaskan beliau menolak rayuan tersebut kerana Anwar sepatutnya menggunakan Peraturan 43 bagi membolehkan Dewan Rakyat membincangkan keputusan yang telah beliau sampaikan minggu lalu.

Dalam pengetahuan dan pembacaannya, Azhar memaklumkan pendedahan Pandora Papers bukannya mengenai penyorokan atau pengeluaran wang berbilion ke akaun luar pesisir.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan pendedahan pemegangan saham dalam syarikat-syarikat luar pesisir.

“Mengenai ratusan bilion itu, saya rasa sepanjang pengetahuan saya, Pandora Papers bukanlah mengenai penyorokan wang atau pengeluaran wang berbilion dari negara kita ke luar pesisir.

“Ia mengenai pendedahan pemegangan saham dalam syarikat-syarikat luar pesisir, dua perkara berlainan.

“Saya dah baca sedikit sebanyak mengenai Pandora Papers, malah saya nampak pegangan itu kecil sahaja. Ada yang membabitkan lima pound sahaja kalau tak silap saya,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penduduk terjejas hakisan di Kampung Baru Kapit akan dipindahkan ke penempatan baharu

SERAMAI 43 ketua isi rumah yang terjejas akibat hakisan tanah di Kampung Baru, Kapit, bakal dipindahkan ke penempatan baharu...

More Articles Like This