Individu lengkap vaksin tidak perlu mohon ‘EnterSarawak’

Dari Penulis

TIADA lagi keperluan bagi individu lengkap vaksinasi Covid-19 dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang ingin masuk ke Sarawak membuat permohonan menerusi ‘EnterSarawak’ berkuatkuasa Isnin ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi kenyataan berkata, mereka yang lengkap divaksinasi juga tidak perlu menjalani saringan Covid-19.

Sebaliknya, individu yang memasuki Sarawak hanya perlu mengisi
Borang Deklarasi e-Health (eHDF)

“Mereka yang belum lengkap divaksin wajib membuat permohonan melalui EnterSarawak dan mengisi eHDF,” katanya hari ini.

Selain itu, individu yang tiada atau tidak lengkap divaksin dan ingin memasuki Sarawak, mereka wajib membuat permohonan melalui EnterSarawak.

Ujarnya, mereka juga diwajibkan membuat saringan ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) atau Rapid Antigen (RTK Antigen) dalam tempoh tiga hari sebelum memasuki Sarawak.

“Mereka juga perlu menjalani kuarantin di rumah atau stesen kuarantin selama 10 hari manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu membuat saringan Covid-19 sekiranya memasuki Sarawak bersama ibu bapa atau penjaga yang tidak lengkap vaksinasi,” katanya.

Sementara itu, individu dari luar negara yang masuk ke Sarawak, turut wajib membuat permohonan menerusi EnterSarawak dan mengisi eHDF.

Katanya, saringan Covid-19 juga perlu dibuat tiga hari sebelum memasuki Malaysia selain mereka perlu menjalani kuarantin tujuh hari dari tarikh kemasukan ke negara ini bagi yang lengkap vaksin dan 10 hari bagi yang tidak lengkap vaksin.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This