Dr Noor Hisham Abdullah. Gambar FB UKM.

SEBANYAK 4,979 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, turun lebih 900 kes berbanding semalam.

Jumlah hari ini juga merupakan kali kedua dalam tempoh seminggu kes harian COVID-19 dilaporkan di bawah angka 5,000.

Kali terakhir kes harian di bawah angka 5,000 ialah pada 25 Oktober lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 2.74 juta kes.

“Sehingga 31 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,979 kes (2,471,642 kes).

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Baca artikel berkaitan: Kes COVID-19 kembali turun, catat 5,854 jangkitan

Bilangan jemaah solat Jumaat di Selangor ditambah

Sementara itu, Selangor melaporkan 1,128 kes baharu COVID-19 hari ini.

Menurut Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, jumlah itu terdiri daripada 1,117 komuniti, 4 penjara dan 7 import.

Hulu Langat mencatatkan kes tertinggi dengan 255 kes diikuti Petaling (245 kes) dan Klang (223 kes).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram