AKTRES popular Rita Rudaini memuat naik kenyataan berbentuk sinis menerusi entri di Instagramnya mengenai ‘V’ yang didakwa membawa makna vaksin.

Terdahulu, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar,45, pernah menggemparkan ramai pihak atas pendedahannya belum mengambil suntikan vaksin Covid-19 dan mendakwa dirinya ‘prosafe’.

“Masa tengah sihat, sombong, cakap pun mendongak saja. V adalah jiwa dan raga. V lah penyelamat nyawa. Kecam orang yang belum V, pandang orang yang belum V ni macam sampah dan penjenayah.

“Kalau boleh tak nak berkongsi oksigen dengan orang tak V. Bila tengah sakit, tahu pula nak minta doa orang ramai. Sudah lupa sebelum ini pernah menghiris hati orang lain.

“Nanti kalau ditakdirkan sihat..itu lah anda semua yang tak V, tengok aku sebab V lah aku tidak ke peringkat teruk.

“Kan aku dah cakap orang V tak kan ke peringkat tiga atau empat. Nasib baik aku V. Aku minta tolong anda semua cepat-cepat V. V memang menyelamatkan nyawa semua,” tulisnya.

Kenyataan sindiran daripada Rita mengenai pengambilan vaksin

Rita yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu turut menasihatkan orang ramai bahawa segala yang terjadi dunia ini adalah atas izin Tuhan.

“Dia lupa.. segala zat di muka bumi ini terjadi dengan izin Nya,” luahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram