Siti Nurhaliza pakai jam tangan RM1 juta, tapi apa kaitan dengan Iqbal Zulkefli?

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KEHADIRAN penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) semalam (Ahad) mencuri perhatian netizen selepas menggayakan jam tangan mewah yang dianggarkan bernilai RM1 juta.

Menerusi perkongsian pengguna laman sosial TikTok Tarmizie_official, jam tangan berjenama Richard Mille berwarna merah serta bertatahkan berlian itu difahamkan hanya menjadi pilihan orang kenamaan dan selebriti antarabangsa sahaja.

Dalam video tersebut, penyanyi lagu Comel Pipi Merah itu itu menghadiri petunjukkan fesyen pereka terkenal, Rizman Ruzaini.

Rata-rata netizen kagum dengan sikap ibu kepada sepasang cahaya mata itu yang tidak gemar menunjuk harta kemewahan selain sentiasa merendah diri.

“Jam tangan dia harga tujuh keturunan tak habis makan. Murah rezeki dia. Semoga satu hari nanti kita pun dapat merasa rezeki yang seperti itu.

“Layak dan mampuโ€ฆhasil usaha dia juga kan, bertahun-tahun menyanyi.

“Ini yang kita panggil orang Kaya ada standard. Tak menggelupur baling duit. Mungkin Tokti tahu menghargai rezeki Allah bagiโ€ฆbukan untuk ditunjuk,” antara pujian daripada netizen yang senang melihat sikap Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, apa yang lebih menarik lagi, di ruangan komen TikTok itu juga ada segelintir warganet turut ‘memetik’ nama bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Iqbal Zulkefli yang tidak bersyukur dengan rezeki apabila sanggup bertindak membaling duit sebelum ini.

“Iqbal patut belajar macam iniโ€ฆtak perlu beritahu harga. Biar orang Google sendiri baru tahu mahal.

“Kita tak perlu sebut haga macam Iqbal sebab netizen akan nilai kan sendiri. Betul cakap Michael Ang, kau kaya jangan cakap kau kaya, orang akan tahu sendiri,” komen netizen lagi.

Menyedari namanya disebut diruangan komen, Iqbal turut tidak ketinggalan meninggalkan komen di hantaran yan sama.

“Datuk Seri Siti memang sudah lama pakai jam yang harga ratusan dan jutaan ringgit.

“Ini antara jenama kegemaran saya,” tulis Iqbal.


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global Iโ€™m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This