Undang-undang lindungi pekerja gig akan diteliti

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN akan meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang khusus untuk mengawal selia dan melindungi kebajikan pekerja gig.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, ia memandangkan golongan tersebut tidak berada di bawah kawalan Akta Kerja 1955.

Beliau turut memaklumkan akan memperhalusi keputusan mahkamah di United Kingdom menyatakan bahawa pekerja gig layak mendapat hak-hak pekerja.

Pada masa sama, kata beliau, Kementerian Sumber Manusia juga akan meneliti sama ada keputusan itu boleh dipakai dan disesuaikan untuk mengawal selia golongan itu di Malaysia.

“Kementerian Sumber Manusia telah mengikuti isu mengenai kawal selia perundangan pekerja gig di negara ini sama ada yang ditimbulkan menerusi media massa atau pun ketika sesi soal jawab Parlimen.

“Sesi libat urus dengan pihak berkepentingan akan diadakan dalam masa terdekat dan mengemukakan maklum balas berhubung perkara ini kepada Jemaah Menteri.

“Setakat ini, pekerja gig hanya mendapat perlindungan sosial di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah kendalian Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Ekosistem ekonomi gig akan diwujudkan – Perdana Menteri

Semalam, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat memaklumkan pekerja ekonomi gig di negara ini tidak termasuk bawah definisi pekerja seperti dinyatakan bawah Akta 265, Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

Katanya, setakat ini, tiada rekod atau pemfailan kes buruh berkaitan golongan pekerja gig yang boleh digunakan sebagai penanda aras (test case) yang membolehkan pekerja ekonomi gig menikmati manfaat seperti pekerja bawah definisi undang-undang buruh di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada orang bekerja sendiri termasuk pekerja ekonomi gig seperti penghantar makanan dan perkhidmatan e-hailing sekiranya mencarum bawah akta itu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) yang meminta penjelasan sama ada kerajaan bercadang mengenakan gaji minimum dalam platform perniagaan industri ekonomi gig seperti dilakukan kerajaan UK kepada pekerja dan soalan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) mengenai isu sama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This