SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan segera mengambil tindakan bagi mengatasi masalah pembuangan sampah di sungai-sungai.

Sultan Ibrahim yang mengemudi sendiri ‘Airboat’ milik baginda hampir sejam bermula 9 pagi tadi dengan menyusuri Sungai Danga kesal melihat pencemaran sampah sarap yang mengotori sepanjang lembangan sungai itu.

“Exco Kesihatan dan Alam Sekitar ambil perhatian perkara ini, jangan tengok masalah kesihatan sahaja, manakala penjagaan alam sekitar juga penting untuk kehidupan rakyat.

“Kerja-kerja perlu dilakukan secara berterusan, begitu juga aspek penguatkuasaan dan pemantauan. Jangan tunggu hingga ditegur, baru kerja hendak dijalankan,” titah Sultan Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebook rasmi baginda hari ini.

Baca: Pencemaran kimia: Bahan dipercayai dibawa dari lokasi lain – Ayob Khan

Pencemaran Kg Baru Sri Aman:9 ditahan,tiada gangguan bekalan air

Sultan Johor juga bertitah agar Vidyananthan segera menyediakan laporan berhubung punca masalah pencemaran sampah sarap di sungai-sungai.

“Banyak peruntukan disalurkan kepada agensi dan jabatan yang bertanggungjawab menjaga sungai dan alam sekitar, namun tiada kesan,” titah baginda.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram