Golongan rentan dinasihat elak ke luar negara, tempat sesak

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GOLONGAN rentan termasuk warga emas dan individu yang mempunyai komobiditi dinasihatkan supaya tidak membuat perjalanan ke luar negara buat masa ini ekoran kewujudan varian baharu Omicron.

Pada masa sama, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut menyarankan golongan rentan tersebut untuk mengelakkan diri daripada menghadiri kawasan awam yang sesak.

Selain itu, Khairy turut menasihati rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara atau telah pun berada di luar negara untuk sentiasa berhati-hati dan mengamalkan langkah kesihatan awam diamalkan di Malaysia.

Kata beliau, banyak negara-negara terutama di Eropah telah melonggarkan langkah kesihatan awam mereka.

“Kita menasihati rakyat Malaysia yang ingin ke negara yang masih tidak melaporkan kewujudan Omicron atau pun tidak disenaraikan sebagai negara berisiko tinggi supaya berhati-hati di negara yang mereka kunjungi.

“Sentiasa patuhi langkah-langkah kesihatan awam yang diamalkan di Malaysia sebab kita tahu di Eropah, langkah kesihatan awam mereka lebih longgar.

“Bagi keseluruhan rakyat dan penduduk Malaysia pula, KKM menasihati untuk meningkatkan langkah pencegahan termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, mengelakkan tempat sesak dan lain-lain,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: Omicron berkemungkinan risiko tinggi jangkitan semula – KJ

Mengulas lanjut, Khairy turut percaya langkah-langkah yang dilaksanakan kerajaan susulan kewujudan Omicron sebagai respons cermat, berhemah dan sesuai.

Beliau menegaskan, KKM akan sentiasa memantau perkembangan Omicron setiap hari.

“Langkah-langkah ini berbentuk sementara, sekiranya kita dapati varian ini tak mengancam kesihatan awam, maka kita akan longgarkan balik sekatan.

“Ini juga selaras dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tidak terlalu memberi reaksi berlebihan menangani Omicron.

“Penting untuk saya tegaskan langkah-langkah ini berbentuk sementara dan sama ada boleh diketatkan atau dilonggarkan, itu berdasarkan maklumat yang kita terima dan penilaian risiko,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This