INDIVIDU yang didakwa dibuli dalam sebuah kem tentera seperti tular di media sosial masih belum lagi tampil menghubungi Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Perkara itu dimaklumkan Hishammuddin dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022 hari ini.
Namun begitu, Hishammuddin berkata, beliau telah meminta timbalannya untuk segera membuat siasatan peribadi berhubung perkara tersebut.
Beliau menegaskan tidak akan berkompromi dengan isu buli sekiranya dakwaan itu berasas.
“Dalam hal ini, apa juga perkara yang dipanjangkan kepada kita melalui pesanan peribadi akan terus kita siasat.
“Secara peribadi, sejak saya memegang jawatan Menteri Pelajaran lagi, kita tak akan kompromi dengan kes buli kalau kes ini berasas.
“Namun, jangan kita dakwa mereka yang tidak berdosa. Siasatan rapi mesti dibuat dan jangan kita terikut dengan apa yang kita baca di luar sana.
“Anda tidak bersalah selagi tidak dihukum bersalah,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Aduan kes buli di kem tentera, tindakan pantas Hishammuddin dipuji
Semalam, Hishammuddin mengambil tindakan pantas ke atas satu hantaran di media sosial berhubung kes buli yang didakwa berlaku di sebuah kem tentera.
Sambil berkongsi tangkap layar keluhan seorang abang yang mendakwa adiknya dibuli, Hishammuddin meminta pengadu segera menghubungi beliau.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz juga telah diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi.
“Mohon individu di sebalik mesej ini untuk DM butiran lebih terperinci terus kepada saya/hubungi pejabat saya segera.
“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan,” katanya menerusi media sosial beliau hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

