Kerajaan laksana Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia kawal kenaikan harga barangan

Dari Penulis

KERAJAAN akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) mulai 7 sehingga 31 Disember ini sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan keperluan pada masa ini, di samping memastikan keberadaan bekalan di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, skim itu akan melibatkan kawalan harga ke atas item-item tertentu seperti ayam, telur ayam dan beberapa jenis sayur-sayuran.

“Bagi ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) diletak di bawah pemantauan skim ini.

“Lain-lain termasuklah telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) dan telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BERITA BERKAITAN Kenaikan harga barang boleh jejaskan pemulihan negara – Muhyiddin

Beliau berkata, kacang panjang, cili merah, tomato, sawi hijau, kobis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing) dan timun juga dipantau di bawah skim tersebut.

“Diharapkan langkah ini akan berjalan dengan lancar dan membantu menstabilkan harga barang di pasaran,”ujarnya.

Tambah beliau, pengumuman harga bagi barangan yang terlibat akan dilakukan dalam masa terdekat iaitu ayam dan telur akan dilakukan di peringkat ladang, borong dan runcit.

“Manakala bagi sayur-sayuran, harga kawalan akan ditentukan di peringkat borong dan runcit.

“Senarai barangan akan dikaji secara berterusan dan akan ditambah atau digugurkan berdasarkan penilaian situasi pasaran,” jelasnya.

Beliau berkata, semua pihak di seluruh rantaian bekalan dari kalangan pengeluar, pemborong, pengedar dan penjual dinasihatkan dan diberi amaran akan tindakan tegas diatas kegagalan mematuhi skim ini dan juga bagi barang-barang keperluan pengguna yang lain. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This