Budak lima tahun mati dipercayai didera ibu kandung, bapa angkat

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa angkatnya dalam satu kejadian di Johor Bahru, semalam.

Kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau kini ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian seorang kanak-kanak lima tahun oleh petugas Hospital Sultanah Aminah kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama suspek iaitu ibu kandung dan bapa angkatnya serta seorang adik dan kakak.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas badan mangsa terdapat kecederaan di mulut, lebam di seluruh bahagian depan dan belakang badan kemungkinan akibat di dera.

“Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Johor telah menjumpai getah paip di sinki dalam bilik air, batang kayu dan poly pipe di atas sofa dan kesan darah (swab) di rumah suspek.

“Kesemua barang kes diatas telah dirampas,” katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dzulkhairi berkata, pemeriksaan awal oleh pihak Hospital Sultanah Aminah terhadap mangsa mendapati mangsa telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Ujarnya, bedah siasat akan dijalankan pada pukul 9 pagi hari ini di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah, Johor, selepas keputusan ujian Covid-19 mangsa diperolehi.

“Kedua dua saspek telah ditangkap untuk membantu siasatan.

“Pemeriksaan rekod lampau terhadap suspek mendapati kedua-dua
mereka mempunyai rekod jenayah lampau yang sama iaitu kesalahan di bawah seksyen 31(1) AKK 2001 dan 4 rekod di bawah seksyen 15(1)(a) ADB.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

——————————-

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari 
utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislam


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This