PENCAPAIAN 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia tidak akan terhenti sebegitu sahaja walaupun telah mencecah tempoh masa yang ditetapkan.
Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aspirasi kerajaan adalah untuk terus bekerja bersama rakyat melalui pelan jangka masa sederhana bagi tempoh enam bulan dan sasaran jangka panjang.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan peka terhadap keluh-kesah rakyat terutama peningkatan harga barang yang naik mendadak.
Untuk menanganinya, kata beliau, kerajaan telah pun mengambil tindakan segera mengawal harga dengan memperkenalkan skim kawalan harga maksimum barang keperluan dan Jualan Murah Keluarga Malaysia telah diadakan di setiap kawasan Parlimen bermula 4 Disember lalu.
“Kerajaan juga telah meluluskan RM262 juta sebagai insentif tambahan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi petani.
“Mengambil kira analisis sentimen rakyat yang telah dilaksanakan terhadap ahli Jemaah Menteri dan kementerian, setiap pandangan dan luahan rakyat mesti didengari serta diambil kira untuk menambah baik sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan.
“Umpama ‘memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang’. Inilah janji saya kepada Keluarga Malaysia,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Prestasi Jemaah Menteri capai 90 peratus dalam 100 hari – PM
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis pelancaran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pelaporan pencapaian 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia itu penting dalam menentukan hala tuju dan momentum kerajaan untuk mencapai matlamat.
Katanya, ia supaya Keluarga Malaysia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
“Dengan iktikad menjaga Keluarga Malaysia, setiap perancangan kerajaan berpaksikan kesejahteraan rakyat supaya terpelihara seperti sebuah keluarga.
“Pelbagai program dan inisiatif di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia telah dan akan dilaksanakan untuk memulih kehidupan, membina semula daya tahan dan memacu pembaharuan seperti yang telah diumumkan dalam Bajet 2022,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

