“Takkanlah kita nak denda RM10,000 tak pakai pelitup muka”

Dari Penulis

JIKA kes COVID-19 naik, ramai yang tuding jari kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun apabila KKM mahu ‘senjata berat’ bagi mencegah penularan COVID-19 menerusi pindaan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), ramai pula bising.

Antara kecaman diterima kerana denda maksimum RM10,000 bagi individu yang dikatakan bersifat menghukum atau punitif.

Bagi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kebimbangan disuarakan itu tidak berasas kerana “takkanlah KKM nak bagi kompaun RM10,000 kalau tidak pakai pelitup muka’.

Sebaliknya kata beliau, denda lebih tinggi ini untuk menangani pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 oleh syarikat yang mencatatkan keuntungan tinggi.

“Ada syarikat pendapatan berbilion ringgit setahun, jadi kalau ikut peruntukan sedia ada hanya membenarkan KKM memberi kompaun RM1,000 kepada kilang yang telah banyak kali menjadi kluster,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Cadangan Membina dan Menyiapkan Hospital Baharu Sri Aman Fasa 2 yang turut dihadiri oleh Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini.

Khairy Jamaluddin dan Fadillah Yusof pada Majlis Penyerahan Projek Cadangan Membina dan Menyiapkan Hospital Baharu Sri Aman Fasa 2 hari ini.

Cadangan pindaan itu dikritik pelbagai pihak termasuk kepimpimpinan UMNO sendiri kerana hanya menampilkan cadangan hukuman berat tetapi pada masa tidak memberikan garis panduan pengeluaran kompaun.

Ketiadaan garis panduan itu dikhuatiri menyebabkan berlaku ketidakadilan dalam pelaksanaannya kelak apatah lagi denda diperuntukkan boleh mencecah RM10,000 untuk individu dan RM1 juta untuk organisasi.

Bagaimanapun menurut penjelasan kepimpinan KKM sebelum ini, denda maksimum individu itu dicadangkan melibatkan pesalah berulang yang meliatkan kesalahan serius.

Baca: Syarikat langgar SOP boleh dikompaun hingga RM1 juta selepas pindaan akta – Khairy

Jangan kompaun saja tapi dakwa mereka supaya kena penjara!

Sementara itu, memetik laporan BERNAMA, Khairy menyeru semua Ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang diminta menyokong Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta 342.

Katanya, hukuman yang lebih berat menerusi pindaan berkenaan bakal bertindak sebagai “senjata” tambahan membendung COVID-19.

Menurut beliau, pada masa sama garis panduan itu turut melindungi daripada berlakunya kompauan yang terlalu zalim kepada rakyat.

“Saya minta jangan tempangkan KKM, kalau sekiranya kita tidak dapat pindaan ini. Dari segi perhalusan atau penelitian kita ada garis panduan, ada peraturan dan saya sudah maklumkan kepada pembangkang dan juga semua Ahli Parlimen saya akan bawa garis panduan itu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Khairy turut menolak dakwaan pembangkang pindaan akta tersebut bersifat punitif.

“Kita dah ada garis panduan supaya tidak ada penyalahgunaan kuasa dan saya merayu untuk bawa pindaan ini kali ini sebab esok hari terakhir (sidang dewan rakyat) kalau tidak kena tunggu sampai bulan tiga (Mac) tahun depan, kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam dua bulan akan datang dengan Omicron dan sebagainya.

Saya tidak mahu jadi punitif…punitif ini last resort (pilihan terakhir) tetapi kita perlu ada semua senjata hadapi pandemik ini. Vaksinasi kita ada, langkah-langkah awal ada, SOP ada, kawalan tetapi tak kan soal isu denda tidak ada?,” soal beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This