‘Long Tiger’ lari dari lokap mahkamah, polis Tangkak giat kesan

Dari Penulis

LELAKI warga Myanmar, Abd Hamim Ab Hamid, 33 tahun yang turut dikenali sebagai ‘Long Tiger’, meloloskan diri daripada lokap Mahkamah Majistret Tangkak, pagi ini.

Long Tiger yang dibawa ke mahkamah untuk prosiding kes jenayah melarikan diri dalam keadaan tangan bergari.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, sehubungan itu polis kini melancarkan Ops Tutup di sekitar daerah tersebut dalam usaha mengesan suspek.

“Usaha mengesan suspek masih dijalankan polis serta khidmat anjing pengesan K9 turut digunakan selain sekatan jalan raya (SJR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fadhil berkata, polis menerima laporan pada 11.55 pagi hari ini memaklumkan seorang lelaki melarikan diri dari lokap dengan keadaan tangan bergari.

Baca: ‘Long Tiger’ didakwa rogol seorang wanita

Long Tiger didakwa ugut, kurung bekas pekerja

Dalam kejadian itu, suspek memakai baju T cerah, berseluar panjang coklat serta memakai selipar.

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit melarikan diri melalui pintu utama mahkamah serta menghilangkan diri sekitar semak samun berhampiran walaupun usaha mengesannya sudah dilakukan.

“Abd Hamim dibawa ke mahkamah berkenaan bagi prosiding mengikut Seksyen 388, iaitu kes ugutan terhadap seseorang selepas dibawa dari penjara Sungai Udang, Melaka semalam.

“Alamat terakhirnya, No 292 Jalan Rambutan, Taman Sri Jaya, Bukit Gambir, Tangkak.

Setakat ini, empat anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi Long Tiger ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 Kanun Keseksaan kerana kecuaian, selain siasatan lanjut akan dilakukan terhadap polis yang bertugas di mahkamah.

“Polis masih menyiasat sama ada kesemua anggota tersebut terlibat dalam kejadian ini atau sebaliknya, serta cara tertuduh meloloskan diri dari sel mahkamah.

“Tertuduh yang masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, kini disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan  kerana lari dari tahanan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan. Kami tidak akan berkompromi serta bertindak tegas terhadap mana-mana pihak termasuk anggota polis jika siasatan mendapati terdapat unsur kecuaian,” jelasnya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9781222, Hotline IPD Tangkak, 06-9785222 atau mana-mana IPD.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This