Jumlah mangsa banjir di seluruh negara lepasi angka 50,000

Dari Penulis

JUMLAH mangsa banjir di seluruh negara kini melepasi angka 50,000 orang dengan Pahang dan Selangor paling teruk terjejas.

Menerusi data terkini setakat jam 2 petang tadi, seramai 50,566 mangs abanjir daripada 14,693 keluarga dipindahkan ke 398 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lapan negeri.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 32,544 mangsa dipindahkan di Pahang.

Jumlah ini meningkat berbanding 25,782 mangsa di PPS jam 8 pagi tadi.

Aktiviti perniagaan di bandar Mentakab, Pahang lumpuh selepas dinaiki air. Gambar dirakam pagi tadi./ FB IPD Temerloh

Turut merekodkan peningkatan mangsa banjir pada jam 2 petang ini ialah Selangor.

Walaupun sebahagian negeri melaporkan cuaca yang baik, namun jumlah mangsa di PPS meningkat petang ini berbanding sebelah pagi.

Baca: Tiga mayat korban banjir ditemui, 69 Komando digerak di Sri Muda

Mangsa banjir kini melebihi 43,000, Pahang paling ramai

Jika pada pukul 8 pagi tadi seramai 11,407 mangsa di PPS, data jam 2 petang menunjukkan jumlah berkenaan meningkat kepada 12,677 orang daripada lebih 4,500 keluarga.

PPS terlibat ialah di Klang, Hulu Langat, Petaling, Sepang, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Turut mencatatkan bilangan mangsa yang tinggi ialah Kelantan dengan 3,481 orang di pelbagai jajahan.

Lima lagi negeri yang turut merekodkan pemindahan mangsa banjir ialah Melaka (704) Kuala Lumpur (534), Negeri Sembilan (290), Terengganu (75) dan Perak (261).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This