Harta Sajat berjaya dilelong RM42,000. Pembida selesai bayar secara tunai!

Dari Penulis

ASET usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat akhirnya berjaya berpindah hak milik kepada seorang lelaki bernama Chai Leong Huat pada Rabu, selepas lelongan pertama gagal.

Lelaki berusia 67 tahun itu berjaya memperoleh kesemua 39 barangan dengan bidaan tertinggi bernilai RM42,000 yang dilakukan di rumah usahawan tersebut bertempat di Premis No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut peguam Zeti Zulkifli, seramai tiga pembida menyertai lelongan tersebut dan bidaan hanya dijalankan sekali sahaja.

BACA ARTIKEL BERKAITAN : Sitaan aset Sajat : Lelongan awam kedua Rabu ini , Mahkamah Tinggi arah harta Sajat disita & dijual

โ€œNilai kesemua barang RM60,000. Kita bermula lelongg dengan RM50,000 dengan setiap kenaikan RM5,000. Kemudian pembida tidak setuju dengan harga itu dan diturunkan kepada RM40,000 dengan setiap kenaikan RM2,000.

โ€œSekali bida RM42,000 terus habis di situ dengan kuantiti harga yang sama. Siapa yang ambil memang untung. Pembida sudah bayar semua, tiada isu tak bayar,โ€ ujarnya menerusi laporan mStar.

Malah, peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata pihaknya akan menuntut baki pampasan berjumlah RM160,000 atau meneruskan tindakan kebangkrapan dalam tindakan yang seterusnya.

โ€œSebenarnya seperti umum ketahui, kami mulakan tindakan kebangkrapan sebelum ini, tapi kami โ€œholdโ€ dulu sebab nak tengok lelongan.

โ€œAnak guam ada niat untuk meneruskan proses lain sama ada terhadap apa-apa harta lain atau pun terhadap dia, walaupun dia berada di luar negara. Kita tengok macam mana,โ€ jelasnya.

Proses lelongan kedua bermula kira-kira jam 10.30 pagi Rabu dan berlangsung selama dua jam.

Difahamkan, pembida perlu menyediakan wang tunai berjumlah RM20,000 sebelum dibenarkan masuk ke rumah usahan tersebut dan kesemua 39 barangan yang dilelong dibida secara pukal bermula dengan harga RM40,000.

Menerusi laporan UtusanTV terdahulu, lelongan itu dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin ,41, dan Mohamed Syakir Hussin,32 daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat.

Malah, lelongan awam terpaksa dilakukan untuk kali kedua pada Rabu kerana lelongan pertama gagal apabila seorang pembida, Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol yang membuat bidaan tertinggi sebanyak RM132,000 menghilangkan diri selepas memberi alasan keluar untuk membuat bank draf sejurus sesi bidaan berakhir.

Sumber: Mstar


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This