Tuan Ibrahim mohon doa rakyat, tiga anak dijangkiti Covid-19

Dari Penulis

MENTERI Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini memohon doa rakyat Malaysia selepas tiga orang anaknya disahkan positif Covid-19.

Menerusi hantaran dan perkongsian gambar di Facebook Tuan Ibrahim hari ini, beberapa orang cucu beliau turut dipakaikan gelang merah jambu dipercayai kontak rapat kes.

“Mohon doa semua, tiga orang anak disahkan positif dan cucu kena pakai gelang,” tulis beliau dalam hantaran itu.

Berdasarkan gambar itu, seramai tujuh individu dirakam memakai gelang merah jambu.

Tinjauan Utusan TV pada hantaran dimuatnaik Tuan Ibrahim itu mendapati warganet mendoakan kesembuhan anak dan cucu beliau daripada Covid-19.

Mereka turut berdoa urusan semua ahli keluarga Tuan Ibrahim dipermudahkan dan kembali sihat seperti sediakala.

Kementerian Kesihatan (KKM) mewajibkan pemakain gelang merah jambu kepada pesakit dan kontak rapat yang dijangkiti Covid-19.

Langkah itu bertujuan untuk menyekat segera pergerakan individu setelah mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat kes sah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan 1 kritikal, terjatuh dari bangunan sekolah

SEORANG pelajar Tingkatan 1 dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Ipoh,...

More Articles Like This