JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diminta untuk membantu mendapatkan semula dokumen nikah di Wilayah Persekutuan yang musnah akibat banjir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, dokumen nikah itu akan diberikan secara percuma kepada mangsa banjir yang bernikah di Wilayah Persekutuan.
Menurut beliau, mangsa banjir juga boleh memohon semula sijil kursus praperkahwinan kepada bakal pengantin yang dianjurkan JAWI di Wilayah Persekutuan.
Idris memaklumkan, mangsa banjir dalam kalangan graduan Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga boleh memohon semula sijil atau diploma pengajian yang musnah akibat banjir.
“Permohonan untuk mendapatkan semula dokumen ini tidak perlu secara tergesa-gesa dan boleh berurusan terus dengan agensi Jakim dan JAWI.
“Ini adalah usaha agensi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Banjir: ATM tambah anggota bersihkan rumah ibadat, sekolah
Banjir: Perak pulih, lebih 43,000 mangsa empat negeri masih di PPS
Idris turut mengajak orang ramai terus mendoakan keselamatan mangsa banjir.
“Marilah bersama-sama kita terus mendoakan agar mangsa-mangsa banjir dan seluruh keluarga, anggota keselamatan, petugas barisan hadapan, sukarelawan dan semua pihak diberikan keselamatan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang melaksanakan misi bantuan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

