Peminjam PTPTN terkesan banjir diberi penangguhan bayaran

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMINJAM Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terjejas akibat bencana banjir ditawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, kerajaan telah bersetuju memberikan penangguhan selama tiga bulan kepada semua peminjam PTPTN yang terkesan.

Menurut beliau, keputusan tersebut diambil kerana bencana banjir telah mengakibatkan kemusnahan harta benda termasuk kepada peminjam PTPTN.

“Peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan bermula 28 Disember hingga 31 Mac 2022.

“Butiran lanjut mengenai pelaksanaannya akan diumumkan oleh PTPTN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Lebih 500,000 peminjam PTPTN tidak pernah buat bayaran balik

46 kematian akibat banjir, lima masih hilang – Acryl Sani

Mengulas lanjut, Noraini berkata, keputusan yang dilakukan itu juga selari dengan aspirasi kerajaan yang prihatin serta komited membantu Keluarga Malaysia dalam saat mencabar.

“Diharapkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN dapat meringankan beban peminjam yang terkesan,” jelas beliau.

Bencana banjir yang melanda tujuh negeri telah mengakibatkan ribuan kehilangan tempat tinggal manakala 46 meninggal dunia.

Sehingga kini, lebih 40,000 orang masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This