Selepas 13 hari melarikan diri dari lokap, Long Tiger akhirnya diberkas di Kedah

Dari Penulis

SEPANDAI-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua. Begitulah perumpamaan yang boleh diberikan mengenai kemampuan penjenayah paling dikehendaki di Johor apabila dia ditangkap semula selepas 13 hari melarikan diri dari lokap.

Polis Johor akhirnya berjaya memberkas semula seorang lelaki berketurunan Rohingya, Abdul Hamim Ab. Hamid atau dikenali sebagai Long Tiger yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

“Saya sahkan dia ditahan kira-kira 3 petang tadi di Kedah,” katanya ringkas.

Menurut sumber, Abdul Hamim, 32, ditahan di sebuah rumah yang dijadikan tempat persembunyiannya selepas pihak polis menjalankan satu operasi khas bagi menangkapnya hari ini.

Butiran penangkapan suspek yang bersembunyi sejak 13 hari lalu dijangka diberikan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor esok.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi, 15 Disember lalu, Ab. Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan terhadapnya di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan bermula.

Baru-baru ini, polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki rakan subahat kepada Long Tiger.

BERITA BERKAITAN Long Tiger lolos, 4 polis disiasat cuai – akan dikenakan tindakan ‘bukan setakat gantung kerja’ – Ayob Khan

Pasangan warga tempatan berusia 41 dan 43 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Gambir, kira-kira 12.30 tengah malam.

Malah, dua daripada empat anggota polis yang ditahan sebelum ini terlibat secara langsung dengan aspek kecuaian sehingga Long Tiger meloloskan diri kini ditahan kerja sehingga habis proses rayuan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Sementara itu, Long Tiger juga masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kini disiasat mengikut Seksyen 224 kanun sama kerana lari daripada tahanan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This