Mayat wanita reput ditemukan dalam tasik di Putrajaya

Dari Penulis

MAYAT wanita yang sudah reput dan busuk ditemukan di dalam sebuah tasik berhampiran Sky Ride Presint 2, Putrajaya semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam yang menjumpai mayat itu kira-kira 6.55 petang.

“Pemeriksaan awal pasukan forensik mendapati keadaan mayat telah kembung, reput, kulit terkupas dan berbau busuk, bahagian kemaluan si mati didapati reput dan terurai daripada badan manakala rambut juga telah tertanggal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, mayat juga ditemukan dalam keadaan telentang, berpakaian lengkap dan dipercayai berada di dalam air lebih kurang dua ke tiga hari.

“Pakaian mangsa ialah blazer berwarna hitam, kemeja-T berwarna biru, skirt mini jean berwarna hitam dan tali pinggang pada skirt berlogo Versace, mangsa turut memakai tiga bentuk cincin dan gelang tangan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Dakwaan dibunuh inspektor: Lelaki mati dipercayai bunuh diri

A. Asmadi berkata, ketinggian wanita itu kira-kira 160 sentimeter namun taraf kewarganegaraannya dan umur masih belum dapat dipastikan dan memohon orang ramai atau waris yang kehilangan ahli keluarga atau saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Beliau berkata, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan awal sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat dan pengesanan identiti.

Katanya, orang awam terutama ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian serta mangsa diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya menerusi talian 03-88862145 atau pegawai penyiasat (IO) Insp Hafiza 019-8926572. – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This