INSIDEN kebakaran sistem jana kuasa telah menyebabkan hampir 300,000 pengguna perkhidmatan unifi TV mengalami gangguan malam tadi.
Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam kenyataan memaklumkan, kebakaran itu telah memberi kesan kepada perkakasan bekalan kuasa tidak terganggu (UPS) yang berada di Kompleks TM teknologi maklumat (IT) di Cyberjaya.
Menurut TM, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah berjaya mengawal keadaan untuk memadamkan kebakaran dan memastikan keselamatan premis.
TM memaklumkan, telah menerima penilaian bangunan serta mendapat kelulusan yang berkaitan daripada pihak bomba pada pukul 4 pagi.
“Blok bangunan yang terlibat tidak beroperasi sepenuhnya pada waktu kejadian dan hanya sebilangan kecil anggota yang berada di lokasi tersebut.
“Setakat ini, punca kebakaran masih lagi belum diketahui dan TM akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam sebarang siasatan seperti mana diperlukan pihak berkuasa.
“Satu pengumuman segera telah dikeluarkan di saluran media sosial TM untuk makluman kepada pelanggan kami yang terjejas dan kami telah menggiatkan penglibatkan perkhidmatan pelanggan untuk menjawab panggilan serta melayani sebarang pertanyaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Keputusan model borong 5G diputuskan sebelum Januari – Annuar
Mengulas lanjut, TM memaklumkan perkhidmatan unifi TV dijangka kembali pulih mulai pukul 3 petang ini.
Katanya, TM sedang giat memastikan perkhidmatan itu dibaik pulih segera.
“Kami sedang giat berusaha bersama dengan pasukan kontraktor dan jurutera bagi memastikan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut dibaik pulih semula dan sambungan tenaga kuasa dijangka siap sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari ini.
“Walau bagaimanapun, TMpoint Cyberjaya akan ditutup buat sementara waktu disebabkan bekalan kuasa yang rendah.
“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi pelanggan dan akan terus memastikan keselamatan serta kesejahteraan anggota dan kontraktor diutamakan sepanjang proses baik pulih ini,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

