2,888 kes baharu, Rt 0.97

Dari Penulis

SEBANYAK 2,888 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, setelah empat hari berturut-turut jangkitan harian melebihi angka 3,000.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan ini menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di Malaysia berjumlah 2.786 juta kes.

“Pada 9 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,888 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,786,219 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Semalam, Malaysia merekodkan 3,251 kes dengan 871 daripadanya dikesan di Selangor.

Baca: Omicron: Kalau London, London lah kita sekat, tetapi fakta jelas kes tertinggi dari Arab Saudi – KJ

Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 8 Januari untuk seluruh negara adalah 0.97.

Berdasarkan statistik yang dikongsikan beliau, Sabah, Labuan, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembikan mencatatkan Rt 1.0 dan lebih.

Rt terendah pula ialah Sarawak (0.85) dan Terengganu (0.87).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This