KEPUTUSAN UMNO untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) disifatkan sebagai tindakan gentleman.
Langkah itu kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menyerahkan kepada rakyat menentukan kerajaan negeri pilihan.
Menurut Mohamed Khaled, sekiranya UMNO rakus dengan kuasa, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad tidak akan membubarkan DUN.
“Kalau rakus, tentu Menteri Besar tak akan bubar DUN dan serah kepada rakyat untuk menentukan UMNO dikembalikan serta boleh jadi Menteri Besar semula.
“UMNO gentleman, serah pada rakyat menentukan,” katanya dalam ciapan di Twitter.
Kenyataan dikeluarkan Mohamed Khaled itu membidas ‘tuduhan’ Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan bahawa PRN Johor memperlihatkan kerakusan UMNO bermain politik demi kuasa.
Kata Wan Saiful dalam hantaran di media sosial semalam, PRN Johor adalah usaha kluster mahkamah untuk mengalih perhatian daripada kes mahkamah yang sedang dihadapi.
Baca artikel berkaitan: PRN Johor helah UMNO ambil kesempatan – PH
Pada masa sama, Wan Saiful mendakwa, ia juga bagi memperkukuh kedudukan kluster mahkamah itu sendiri.
“Saya tidak pelik jika Johor akan diikuti oleh negeri lain pula. Begitulah realiti orang terdesak yang rakus kuasa dan takut penjara,” katanya.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN untuk memberi laluan kepada PRN, semalam.
Sultan Ibrahim sebelum itu berkenan menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada pukul 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Pada pertemuan bersama Sultan Ibrahim, Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

