KERAJAAN Negeri Pahang bersetuju memberikan pengecualian bil air selama tiga bulan kepada semua mangsa yang terkesan akibat bencana banjir, baru-baru ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pengecualian mulai bulan ini sehingga Mac itu melibatkan anggaran lebih daripada 40,000 kediaman dengan peruntukan berjumlah RM1.5 juta.
Menurut beliau, keputusan itu dilaksanakan bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir terutama bagi membersihkan premis masing-masing yang terjejas akibat bencana alam itu.
“Kerajaan Pahang terus komited membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir di seluruh negeri dan amat memahami keadaan mereka terutama dalam fasa pemulihan akibat bencana ini.
“Sebelum ini, kerajaan negeri telah mengumumkan bantuan kepada mangsa banjir termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan kepada penyewa perumahan awam kos rendah (PAKR) yang terjejas banjir.
Baca artikel berkaitan: Pahang peruntuk RM10 juta lancar Kad Kesihatan Warga Emas
“Tidak terhenti di situ, kerajaan negeri menerusi mesyaurat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah bersetuju untuk mengecualikan pembayaran bil air selama tiga bulan di kawasan terjejas banjir baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Banjir di Pahang yang bermula pada 17 Disember lalu telah pulih sepenuhnya 11 Januari dengan keseluruhan 67,878 mangsa terlibat di 10 daerah.
Daerah yang terjejas adalah Bentong, Raub, Lipis, Temerloh, Jerantut, Bera, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

