Pembentukan Kabinet Pemuda PN akan disegerakan – Ahmad Fadhli

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari akan menyegerakan pembentukan Kabinet Pemuda Perikatan Nasional (PN) selepas mengadakan perbincangan dengan rakan parti yang lain.

Hal itu selepas beliau secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pemuda PN yang baharu yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN semalam.

Menurut Ahmad Fadhli, jawatan tersebut sebelum ini disandang Senator Khairil Nizam Khirudin sebelum beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat.

“Memandangkan beliau telah diberikan tanggungjawab yang lebih besar, beliau memohon untuk berundur diri dan memberikan laluan kepada saya mengemudi bahtera Pemuda PN.

“Musim ini saya kira ialah musim kemarau bagi PN khususnya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Walau bagaimanapun, kerana ia merupakan mandat daripada parti dan juga sokongan semua sahabat, saya gagahkan diri untuk menggalas amanat ini bagi berdepan dengan Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Muhyiddin terima kekalahan Perikatan Nasional di Melaka dengan hati terbuka

Dalam Mesyuarat MT PN semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub turut dilantik sebagai Pengerusi PN Melaka yang baharu.

Mesyuarat itu dihadiri wakil-wakil daripada semua parti anggota PN iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Pas, Parti Gerakan, Star dan SAPP.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This