BATAL permit institut memandu dan tarik balik sijil tenaga pengajar kerana rekod kemalangan jalan raya adalah pandangan peribadi Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, perkara itu bukanlah dasar atau polisi Kementerian Pengangkutan (MOT).
Menjelaskan kenyataan Zailani, Ka Siong berkata, sebarang hala tuju dasar atau apa jua cadangan penambahbaikan sudah tentun akan dikaji secara holistik dan saintifik terlebih dahulu oleh MOT dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan termasuk keberkesanan, kebolehlaksanaan dan keupayaan untuk mencapai objektif ditetapkan.
“MOT tidak mahu menuding jari secara melulu terhadap pihak tertentu dan seterusnya mempersalahkannya semata-mata berdasarkan andaian atau hipotesis yang tidak berasas,” katanya menerusi satu hantan di Facebook beliau hari ini.
Baca: Permit institut memandu boleh dibatalkan jika ramai pemegang lesen terlibat kemalangan – JPJ
Sebelum ini Zailani dilaporkan berkata JPJ akan bertindak membatalkan permit institut memandu dan menarik balik sijil tenaga pengajar yang mempunyai rekod ramai pemegang lesen (dikeluarkan oleh sesebuah institut) yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Sementara itu, Ka Siong berkata, MOT bersama agensi di bawahnya akan meneruskan aktiviti advokasi dan penguatkuasaan sedia ada bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pematuhan kepada peraturan dan aspek keselamatan jalan raya di seluruh negara.
Beliau berkata, kementeriannya serius dan komited dalam memastikan jalan raya di seluruh negara kekal selamat digunakan oleh semua pihak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

