Penerima Sinovac boleh pilih dapat dos penggalak sama – Khairy

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENERIMA vaksin primer jenis Sinovac boleh memilih untuk mendapatkan vaksin jenis sama, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy, keputusan itu diambil ekoran terdapat keengganan daripada penerima vaksin primer Sinovac yang tidak mahu mendapatkan dos penggalak daripada jenis vaksin lain iaitu Pfizer dan AstraZeneca.

Bagaimanapun, Khairy menegaskan, Kementerian Kesihatan (KKM) masih berpendirian bahawa Pfizer dan AstraZeneca tetap digalakkan sebagai dos penggalak.

Kata beliau, hal demikian kerana, berdasarkan kajian pakar, keberkesanan dos penggalak bagi Sinovac tidak setinggi Pfizer mahu pun AstraZeneca.

Beliau berkata, seramai 3.5 juta penerima vaksin Sinovac masih belum mendapatkan dos penggalak.

“Disebabkan ada keengganan daripada penerima Sinovac untuk mendapatkan dos penggalak, jadi kita setuju untuk mengeluarkan janji temu untuk mereka pilih dapatkan Sinovac sebagai dos penggalak.

“Namun, kita tegaskan perlindungan terbaik adalah dengan Pfizer atau AstraZeneca.

“Perumpamaannya ialah ketika musim sejuk, KKM bagi winter coat. Tapi ada yang nak pakai baju T juga.

“Tak apalah, pakai baju T lebih baik baik daripada tidak memakai apa-apa.

“Tak nak terima Pfizer atau AstraZeneca, tak apa. Kita masih ada stok Sinovac. Kita akan umumkan kaedah pemberian ini melalui Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: Gelombang Omicron tidak jejaskan sistem kesihatan negara – KJ

Sementara itu, Khairy terus merayu semua pihak terutama warga emas untuk mengambil suntikan penggalak bagi mengelak jangkitan lebih teruk terutama dengan kehadiran gelombang Omicron.

Katanya, sehingga kini terdapat lebih kurang 32 peratus atau satu juta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak.

“Sehubungan itu, KKM meminta supaya individu yang berumur 60 tahun dan ke atas segera mendapatkan dos penggalak serta boleh datang secara walk-in di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) berhampiran.

“KKM ingin memaklumkan sekali lagi, semua penduduk berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac depan,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This