Suhaili Abdul Rahman

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima sebarang aduan mengenai dakwaan salah laku membabitkan Pengarah Eksekutif MARA Corporation (MARA Corp), Datuk Suhaili Abdul Rahman mengenai penggunaan kad kredit korporat syarikat itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya hanya akan bertindak jika ada laporan dibuat.

“Kena seseorang buat laporan kepada kita. Setakat ini kita tidak terima laporan apa-apa lagi. Kalau ada pihak buat laporan kepada polis terpulang, (itu) saya tak tahu.

“Fokus saya pada hari ini ialah (dakwaan) salah guna kuasa (oleh lima pegawai kanan MARA) iaitu menggunakan kedudukan untuk mendapatkan elaun yang tidak sepatutnya dapat,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

BERITA BERKAITAN “Budak MARA ni mengada-ngada. Saya guna kad kredit syarikat untuk urusan perniagaan, bukan berkaraoke’ – Bos MARA

Semalam, sebuah portal melaporkan seorang daripada lima pegawai Mara berkenaan membuat laporan mendakwa Suhaili menggunakan kad kredit Mara Corp untuk tujuan peribadi namun ia dinafikan Suhaili.

Suhaili ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Pengerusi Bersatu Bahagian Labuan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram