“Tiada orang di dunia ini berkahwin untuk berpisah…,” – Shila Amzah sah bercerai

Dari Penulis

KEMELUT rumah tangga penyanyi Shila Amzah akhirnya menemui noktah apabila dia kini sah bercerai dengan suaminya, Haris Idraki Elias, hari ini.

Menerusi entri di Instagram Shila, dia bersyukur apabila urusan penceraiannya berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah, kes (perceraian) Sha dan bekas suami sudah selesai tadi (Selasa).

“Kita akan berusaha jaga dan sayangi Seth (anak) sampai bila-bila. Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulisnya dalam Instagram.

Menjengah ke Insta Story pula, Shila sempat meluahkan perasaannya dan menganggap apa yang berlaku adalah ujian buat dirinya.

Malah, Shila yang juga anak kepada pennyanyi ND Lala ingin terus ‘move on’ dan terus melangkah ke hadapan.

“Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan. Tiada orang di dunia ini berkahwin untuk bercerai dan berpisah.

“Apa sahaja kemungkinan dan kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmahnya.

“Jadi buat yang terbaik untuk bina semula kehidupan. Semoga jadi yang lebih baik,” luahnya.

Pada Disember tahun lalu, Shila membuat pengakuan di sosial media apabila sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya di Cyberjaya.

Malah, Shila bertindak keluar dari rumah mereka dan tinggal dii kediaman keluarganya di Hulu Langat, Selangor bersana anak tunggalnya.

Untuk rekod, Shila dan Haris mendirikan rumah tangga pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hawa Rizwana dipilih kerana kredibiliti, bukan populariti

DI SEBALIK lambakan pempengaruh digital dan selebriti media sosial yang bersandarkan populariti semata-mata, pengacara serta personaliti televisyen terkenal, Hawa...

More Articles Like This