Samun: Tauke kedai emas dipercayai diekori dari awal

Dari Penulis

TIADA unsur ‘orang dalam’ tetapi suspek dipercayai mengekori pemilik kedai emas dari awal lagi dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Port Dickson semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, perkara itu hasil siasatan awal pihaknya walaupun ada yang mengatakan seolah-olah kes samun itu dirancang berikutan kumpulan penjenayah seperti sudah tahu mangsa membawa barangan berharga.

“Polis percaya kumpulan suspek ini mengekori mangsa sejak awal sehingga berhenti di stesen minyak sebelum kejadian samun berlaku,” katanya seperti dilapor BH Online hari ini.

Menurut Aidi Sham, nilai barangan kemas dalam sebuah beg yang dilarikan lima lelaki bersenjata parang ketika kejadian samun di Lukut semalam itu, dianggarkan mencecah RM500,000.

Katanya, ia sebahagian daripada tiga beg berisi barangan kemas yang dilarikan penjenayah dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu.

Bagaimanapun katanya, dua lagi beg yang turut dilarikan dalam kejadian itu dijumpai semula selepas kereta jenis Honda CRV yang digunakan penjenayah terbalik ketika dikejar mangsa.

Sementara itu, kata Aidi Sham, usaha mengesan semua suspek giat dilakukan dan orang awam atau saksi yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

Baca: [VIDEO] Tauke kedai emas disamun 5 lelaki berparang dekat Port Dickson

“Maklumat boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat, Inspektor Fatiha Nur Hamidus di talian 013-6217365 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999,” katanya.

Dalam kejadian semalam, seorang pemilik kedai emas berusia 50 tahun disamun lima lelaki bersenjatakan parang di sebuah stesen minyak di Lukut, ketika mangsa berhenti untuk mengisi minyak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This