Penuh aksi yang mendebarkan! Ini 5 K-drama terbaik yang bertemakan jenayah wajib anda tonton!

Dari Penulis

DUNIA K-drama semakin dihangatkan dengan kemunculan siri terbaru yang mengangkat kisah-kisah penyiasatan dan jenayah.

Bukan itu sahaja, drama genre sebegini juga turut memaparkan kisah sebenar di sebalik jenayah yang pernah berlaku di dunia serta kemelut masalah melibatkan campur tangan politik, rasuah dan pembunuhan sehingga membuatkan anda tidak senang duduk.

Jom! URTV bawakan 5 sajian K-drama terbaik untuk anda layan pada hujung minggu ini.

The Veil


Mengisahkan tentang Han Ji-hyuk, seorang ejen terkemuka daripada Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) telah menghilangkan diri ketika menjalani misi di China dan diklasifikasikan sudah meninggal dunia. Namun, setahun kemudian, Ji-hyuk muncul kembali di dalam keadaan imej yang menggerikan dan tidak mampu mengingati segala memori lampaunya. Meskipun menghidapi masalah hilang ingatan, Ji-hyuk ditugaskan kepada sebuah pasukan dengan misi-misi kecil. Di dalam pasukan tersebut, Ji-hyuk mula bertemu dengan Yoo Je-yi. Saksikan drama The Veil untuk melihat bagaimana Ji-hyuk merungkai segala misteri yang berlaku terhadap dirinya. Turut dibintangi, pelakon Nam Koong-min, Kim Ji-eun dan Park Ha-sun.

Hometown


Berlatar belakangkan tahun 1999 di kawasan luar bandar yang terpencil, sebuah pita rakaman yang mengandungi bukti permbunuhan bersiri telah ditemui. Seorang detektif, Choi Hyung-in yang telah kehilangan isteri tercinta gara-gara menjadi mangsa pembunuhan pengganas misteri pada tahun 1989 masih berasa bersalah atas pemergian tersebut. Pada suatu hari, Choi Hyung-in yang sedang menyiasat sebuah kes pembunuhan yang terletak di pekan kecil mula mengesyaki kejadian tersebut telah dilakukan oleh pengganas yang sama meragut nyawa isterinya. Turut dilakonkan oleh Yoo Jae-myung, Han Ye-ri dan Uhm Tae-goo.

Chimera


Pada tahun 1984, negara digemparkan dengan siri letupan yang dicetuskan oleh pembunuh bersiri sehingga telah meragut ramai mangsa tidak bersalah. Namun, pembunuh telah melarikan diri dan menghilang tanpa jejak. 35 tahun kemudian, letupan yang serupa telah berlaku sekali lagi. Pasukan terdiri daripada Cha Jae-hwan, Lee Joong-yup dan Eugene Hathaway telah dibentuk bagi menyelesaikan kes tersebut. Suspek utama dikenali sebagai ‘Chimera’ yang di ambil daripada nama mitologi Yunani. Dibintangi oleh Park Hae-soo, Lee Hee-joon dan Kim Soo-hyun.

My Name


Mengisahkan Yoon Ji-woo yang telah menjadi saksi pembunuhan bapanya dan berazam untuk membalas dendam. Bagi merealisasikan perkara tersebut, Ji-woo telah berlatih dengan Choi Mu-jin, seorang ketua penjenayah yang juga merupakan kawan rapat kepada bapanya. Ji-woo mula menyertai pasukan polis di bawah unit narkotik bagi memburu pembunuh bapanya. Saksikan drama lakonan hebat Han So-hee, Park Hee-soon an Ahn Bo-hyun.

Voice (Empat Musim)


Drama Voice yang kini sudah mempunyai empat musim mengisahkan seorang pegawai polis yang bijak, Kang Kwon-joo yang bekerja sebagai pemprofil suara di pusat panggilan kecemasan. Kang Kwon-joo membantu menyelamatkan mangsa jenayah dengan menggunakan bakat pendengarannya yang luar biasa. Pada setiap musim, Kang Kwon-joo telah bekerjasama dengan seorang detektif bagi membantu menumpaskan misteri jenayah dan pembunuhan yang berlaku. Lakonan hebat, Lee Ha-na, Jang-hyuk, Lee Jin-wook, Song Seung-heon.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This