SELEPAS tidak bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bakal membuat penampilan semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit.
Kerusi tersebut dimenangi calon BN, Ayub Jamil pada PRU-14 lalu dengan majoriti 4,172 undi.
Kali terakhir Mohd Puad bertanding adalah pada PRU-13 di Parlimen Batu Pahat, namun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut setelah tewas kepada calon PKR dengan majoriti 1,524 undi.
Pada majlis pengumuman calon UMNO di Johor Bahru hari ini, beberapa muka baru dengan latar belakang profesional dipertaruhkan BN pada kerusi yang menjadi tumpuan.
Antaranya di DUN Semerah yang mana UMNO menampilkan peguam, Mohd Fared Khalid bagi merampas kembali kerusi tersebut setelah tewas kepada wakil PKR pada PRU-14 dengan majoriti 98 undi.
Mohd Farid merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong selain terlibat aktif dalam pertubuhan belia di peringkat negeri dan nasional.
Dalam pada itu, UMNO kali ini meletakkan peguam sebagai calon di DUN Gambir setelah kerusi itu dimenangi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada PRU 2018.
Muhyiddin menewaskan calon BN dari MIC pada pilihan raya itu dengan majoriti 3,088 undi.
Sahrihan Jani, 44, yang juga pemimpin UMNO Bahagian Ledang merupakan calon anak tempatan.
Pada majlis pengumuman calon yang dilakukan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad itu turut menyaksikan UMNO meletakkan calon di beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi parti komponen.
Selain DUN Gambir yang ditandingi MIC pada PRU lalu, UMNO turut meletakkan calon di DUN Parit Yaani dan Pulai Sebatang yang sebelumnya ditandingi calon MCA.
Kerusi-kerusi itu merupakan DUN yang pengundinya adalah majoriti Melayu.
Pada masa sama, UMNO turut melepaskan kerusi yang ditandingi parti itu pada PRU lalu kepada MCA atau MIC seperti di DUN Kemelah dan Puteri Wangsa.



CALON CALON BARISAN NASIONAL PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR
N.01 Buloh Kasap: Datuk Zahari Bin Sarip (UMNO)
N.02 Jementah: MCA
N.03 Pemanis: Anuar Bin Abd Manap (UMNO)
N.04 Kemelah: Saraswathy (MIC)
N.05 Tenang: Haslinda Salleh (UMNO)
N.06 Bekok: MCA
N.07 Bukit Kepong: Ismail Bin Mohamad (UMNO)
N.08 Bukit Pasir: Ir Mohamad Fazli Bin Mohamad Salleh (UMNO)
N.09 Gambir: Shahrihan bin Jani (UMNO)
N.10 Tangkak: MCA
N.11 Serom: Kharinnisa binti Ismail (UMNO)
N.12 Bentayan: MCA
N.13 Simpang Jeram: Datuk Lokman Bin Md Dun (UMNO)
N.14 Bukit Naning: Datuk Md Fuad Tukirin (UMNO)
N.15 Maharani: Noor Farah Shamsudin (UMNO)
N.16 Sungai Balang: Mohd Helmy Bin Abd Latif (UMNO)
N.17 Semerah: Mohd Fared Bin Md Khalid (UMNO)
N.18 Sri Medan: Datuk Zulkurnain Bin Kamisan (UMNO)
N.19 Yong Peng: MCA
N.20 Semarang: Datuk Samsol Bari Jamali (UMNO)
N.21 Parit Yaani: Datuk Najib Samuri (UMNO)
N.22 Parit Raja: Rashidah Ramli (UMNO)
N.23 Penggaram: MCA
N.24 Senggarang: Mohd Yusla Bin Ismail (UMNO)
N.25 Rengit: Dato’ Mohd Puad Zarkashi (UMNO)
N.26 Machap: Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi (UMNO)
N.27 Layang Layang: Haji Mutalif Bin Rahim (UMNO)
N.28 Mengkibol: MCA
N.29 Mahkota: Datuk Sharifah Azizah (UMNO)
N.30 Paloh: MCA
N.31 Kahang: Vidyananthan Ramanadhan (MIC)
N.32 Endau: Yuzaimi Bin Md Yusof (UMNO)
N.33 Tenggaroh: Raven Kumar Krishnasamy (MIC)
N.34 Panti: Hahasrin Hashim (UMNO)
N.35 Pasir Raja: Rashidah Binti Ismail (UMNO)
N.36 Sedili: Muszaide Bin Makmur (UMNO)
N.37 Johor Lama: Noorliza Binti Noh (UMNO)
N.38 Penawar: Fauziah (UMNO)
N.39 Tanjung Surat: Datuk Syed Sis bin Abd Rahman (UMNO)
N.40 Tiram: Azizul Bin Bachok (UMNO)
N.41 Puteri Wangsa: MCA
N.42 Johor Jaya: MCA
N.43 Permas: Baharuddin bin Md Taib (UMNO)
N.44 Larkin: Md Hairi Md Shah (UMNO)
N.45 Stulang: MCA
N.46 Perling: MCA
N.47 Kempas: Ramli bin Rohani (UMNO)
N.48 Skudai: MCA
N.49 Kota Iskandar: Tn Haji Pandak Bin Ahmad (UMNO)
N.50 Bukit Permai: Datuk Md Jafny Bin Md Shukor (UMNO)
N.51 Bukit Batu: MIC
N.52 Senai: MCA
N.53 Benut: YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad (UMNO)
N.54 Pulai Sebatang: Hasrunnizah Binti Hassan (UMNO)
N.55 Pekan Nanas: MCA
N.56 Kukup: Datuk Jefridin Bin Atan (UMNO)
UMNO: 37
MCA: 15
MIC: 4

