TMJ adalah pakar strategi, mustahil tinggalkan bola sepak – Annuar Musa

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KENYATAAN Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang akan bersara daripada arena bola sepak negara sekiranya pasukannya tewas dalam Piala Sumbangsih malam ini hanya strategi untuk menaikkan semangat pemain.

Menurut Presiden Kuala Lumpur (KL) City FC, Tan Sri Annuar Musa, kenyataan Tunku Ismail itu perlu dilihat secara lebih mendalam kerana ia mempunyai mesej tertentu.

“Tunku Ismail adalah seorang pakar strategi. Setiap perkataan yang keluar mempunyai mesej tertentu dan kita tidak boleh sekadar membaca secara umum sahaja.

“Saya percaya kata-kata itu akan memberi kesan yang mendalam kepada pemain-pemain Johor Darul Takzim (JDT).

“Ini adalah sebahagian daripada seni dalam permainan bola sepak. Saya tidak fikir Tunku Ismail benar-benar mahu meninggalkan sukan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Santai Bicara Bola Sepak Semasa bersama Annuar Musa yang disiarkan di Facebook Bernama TV, hari ini.

Baca artikel berkaitan: 14 Pusat Internet Desa di Johor akan dinaik taraf kepada PEDi – Annuar

Mengulas lanjut, Annuar berkata, beliau percaya perlawanan KL City FC menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim malam ini akan berlangsung dengan sengit.

Katanya, walaupun pasukan JDT mempunyai ramai pemain berkualiti tetapi KL City FC masih berpeluang untuk menang dalam perlawanan tersebut.

Annuar juga tidak menafikan yang bahagian tengah dan bahagian serangan pasukan JDT adalah lebih baik daripada pasukan KL City FC.

“Begitupun, saya melihat pasukan KL City FC mempunyai pertahanan yang lebih baik berbanding JDT.

“Kita tidak perlu terikut dengan corak permainan menyerang seperti yang ditunjukkan JDT kerana itu sememangnya kekuatan mereka. JDT perlu berhati-hati untuk tidak membuat kesilapan,” katanya.

Selain itu, Annuar menambah, beliau juga yakin dengan kebolehan pengendali KL City FC, Bojan Hodak untuk mempersiapkan pasukannya menentang JDT malam ini.

Ujar beliau, Bojan mempunyai pengalaman yang luas dan mengenali setiap pasukan serta pemain yang berada dalam Malaysia.

“Ini adalah kelebihan yang tidak ada pada jurulatih yang lain.

“Lebih-lebih lagi Bojan juga pernah berkhidmat kepada pasukan JDT. Sebab itu saya percaya perlawanan malam ini akan sangat menarik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya tidak pernah U-turn, pendirian tetap sama isu PTPTN, kata Adam Adli

"Saya tidak pernah rasa saya berubah pandangan, buat U-turn dan sebagainya. Saya keras dengan pandangan saya." Demikian penegasan Timbalan Menteri...

More Articles Like This